Sejarah/Profail Daerah Kecil Pagalungan
Daerah Kecil Pagalungan pada suatu ketika dahulu merupakan hanya sebuah kampung kecil yang telah diwujudkan pada tahun 1950 oleh dua orang tempatan iaitu O.T Angansak Bin Biagan yang berasal dari kampung Bantul dan Ketua kampung Antugi Bin Anduat yang berasal dari kampung Kakutar, Sumatalun.
Nama PAGALUNGAN adalah diambil berdasarkan pertemuan kuala sungai logongon dengan kuala sungai tagol yang disebut “PAHALUNGAN” dalam bahasa murut, yang bermaksud pertemuan kuala sungai.
Setelah sekian lama, di kala negeri sabah silih berganti parti pemerintah akhirnya pada tahun 2006 dalam pemerintahan Barisan Nasional, hasil dari permintaan seluruh masyarakat pagalungan dan sokongan YB Datuk Bobbey A Suan. Pagalungan dengan rasminya diwartakan oleh kerajaan sebagai Daerah kecil dan wujudnya Pejabat Daerah Kecil Pagalungan pada 01 Jun 2006 yang telah dirasmikan oleh Mantan SKN Datuk K.Y Mustafa.
KEDUDUKAN Daerah Kecil Pagalungan terletak dibahagian pedalaman Negeri Sabah dalam daerah Nabawan, kira-kira 98 KM dari Pekan Nabawan dan kira-kira 25 KM dari sempadan Malaysia-Indonesia, dan mempunyai keluasan kira-kira 205,661.30 hektar manakala keluasan Pekan Pagalungan 560.92 ekar.
PERHUBUNGAN UTAMA Daerah Kecil Pagalungan ialah melalui sungai dan darat menggunakan perahu, motor sangkut dan juga kereta pacuan 4 roda.
Daerah Kecil Pagalungan terbahagi kepada 2 MUKIM iaitu Mukim Pagalungan dan Mukim Pensiangan, mempunyai penduduk seramai 11,657 orang dan 99 buah kampung, penduduk Daerah Kecil Pagalungan terdiri daripada suku kaum murut 99% manakala 01% adalah suku kaum lain-lain. Sebahagian besar bekerja sebagai petani kecil-kecilan, nelayan sungai, berniaga secara kecil-kecilan dan termasuk bekerja sebagai anggota perkhidmatan awam, mereka tinggal ditepi-tepi sungai tagol, dan sungai logongon.
MUKIM DAN KAMPUNG
Terdapat 2 Mukim dalam Daerah Kecil Pagalungan
1. Mukim Pagalungan
2. Mukim Pensiangan
Kemudahan-kemudahan asas sedia ada.
1. Pos kawalan Imigresen (1 buah, 1 orang anggota)
2. Pondok Polis (1 buah, 7 orang anggota)
3. sekolah (11 buah)
4. Sekolah Asrama Desa (1 buah)
5. Perpustakaan Desa (1 buah)
6. Klinik Kesihatan (2 buah)
7. Klinik Desa (1 buah)
8. Taman Didikan Kanak-kanak (2 buah)
9. Surau (3 buah)
10. Gereja (22 buah)